Wednesday, February 04, 2009

Erti Kematian

Ianya datang tanpa isyarat
Ianya datang tanpa diundang
Ianya kadangkala datang tanpa amaran
Ianya pasti datang tepat tiba waktunya

Kematian pasti datang menemui setiap insan
Kematian datang di atas ketentuan Ilahi
Kematian adalah hakiki
Kematian bersifat abadi

Setiap yang berdiri pasti akan baring
Setiap yang hidup pasti menemui mati
Setiap yang bernyawa pasti akan pergi
Setiap yang berdenyut pasti akan berhenti

Hanya Allah Rabbul Izzati
Hanya Allah yang kekal abadi
Hanya Allah yang menentukan takdir setiap insani

===========================================

Kematian diciptakan Allah untuk setiap makhluk
Kematian memberikan seribu erti
Kematian membezakan antara dua dunia
Kematian amak bermakna buat semua di bumi ini

****************************************************
**p/s: entri ini ditulis sempena genap 2 bulan pemergiaan insan yg amat aku sayang dalam dunia ni.. sebenarnya aku tulis ni dah lama cuma baru rasa nak publish ari ni sebab aku teringat sangat dengan beliau walaupun pada hakikatnya aku memang sentiasa teringatkan beliau d setiap saat dan ketika.. sesungguhnya, aku ingat aku yang akan pergi dulu tapi TUHAN dah tentukan segalanya.. Tuhan MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG.. kusangkakan panas akan berpanjangan, tetapi akhirnya hujan juga yang turun di tengahari, huhuhuhu....

**p/s: AL-FATIHAH untuk Hjh. Khatijah Nawab Khan a.k.a 'mak'


No comments: