Showing posts with label ceritera kehidupan. Show all posts
Showing posts with label ceritera kehidupan. Show all posts

Wednesday, May 20, 2009

Epilog Kehidupan-KU (episod 1)

Kehidupan ini sememangnya indah dan menarik bagi yang tahu menghargai dan mewarnainya dengan warna2 kebahagiaan. Tapi, ianya akan membosankan dan penuh dengan kemurungan bagi yang hanya pandai mencatan canvas kehidupan dengan warna2 kebencian, hasad, dendam dan yang sewaktu dengannya. "Happiness cannot come from without. It must come from within. It is not what we see and touch or that which others do for us which makes us happy; it is that which we think and feel and do, first for the other fellow and then for ourselves." Helen Keller Kita hidup di dunia ini hanya sekali, sewajarnya kita menjadikan kehidupan ini- 'worth living'! Seperti yang didendangkan oleh Jason Mraz dalam lagunya 'Life is Wonderful';
... "ah la la la la la la life is wonderful
ah la la la la la la life goes full circle
ah la la la la la la life is wonderful
ah la la la la la la life is meaningful
ah la la la la la la life is wonderful" ...

Bagiku, kehidupan ini terlampau bermakna untuk disia2kan. Memang tidak dinafikan, ada kalanya aku merasakan tekanan dan seakan jemu untuk melalui liku2 yang perit dan pedih dengan kekerapan keberlakuannya. Tapi, bila direnung dalam2 dan bermuhasabah, inilah yang dipanggil cabaran dan dugaan2 kehidupan yang membentuk kita menjadi 'a better person and spice up our life'. Tanpanya, kupasti hidup ini akan hanya menjadi sebuah perjalanan yang hambar dan berwarna kusam. Seperti siang tanpa matahari dan malam tanpa bulan bintang.

Kehidupan-KU sendiri sudah berubah landasannya. Kini, aku bukanlah seperti yang aku idamkan dan impikan 3-4 tahun dulu; sewaktu mula mengenal dunia dengan sudut pandangan sendiri, mengenal erti berdikari dan belajar mencipta impian untuk masa depan. Waktu itu, semangat sentiasa berkobar2 dan impian sentiasa melangit. Yalah, baru mula membesar dan mula membentuk kematangan. Sentiasa penuh dengan cita2 dan harapan yang pasti akan dapat dicapai suatu ketika kelak. Tidak pernah berfikir yang negatif. Tidak pernah menyangka apakah halangan2 yang bakal ditempuh untuk menggapai cita2 tersebut. Sepertinya jalan itu tidaklah sukar, bercabang ataupun jalan mati. Seolah2 sudah nampak jelas arah tujuan tanpa sebarang gangguan, kabus atau fatamorgana yang muncul depertengahan jalan. Fuh, alangkah indahnya kalau seperti yang tergambar di benak-KU tatkala itu. How I wish it's true and happened.

Sebenarnya, bukan maksud-KU untuk merintih ataupun menyesal dengan apa yang telah terjadi. Menyesal adalah satu perkataan yang tak pernah wujud dan tak akan aku wujudkan dalam kamus hidup-KU. Cuma mengimbau kembali nostalgia kehidupan yang pernah aku lakarkan dalam buku lakaran kehidupan-KU. Bukan juga bermaksud yang aku telah tewas dan gagal (juga tak pernah wujud dan tak akan aku wujudkan dalam kamus hidup-KU) untuk mengapai cita2 itu, cuma corak dan landasannya sudah berubah. Dunia juga berubah dan manusia berubah mengikut keadaan. InsyAllah, dengan izin Tuhan, akan aku capai segala impian-KU dengan berjayanya. Aku masih meneruskan perjalanan dan sentiasa akan berusaha kearah impian2 yang telah kubina seketika dulu. Alhamdulillah, aku masih dilandasan untuk kedestinasi impian, cuma pergerakkan agak terbatas dan agak perlahan. Tapi, "better late than never".

Words of wisdom:
  • "The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams." - Eleanor Roosevelt
  • "Defeat is not the worst of failures. Not to have tried is the true failure." - George Edward Woodberry
  • "Develop success from failures. Discouragement and failure are two of the surest stepping stones to success." - Dale Carnegie
  • "I've failed over and over and over again in my life and that is why I succeed." - Michael Jordan
  • "All life is an experiment. The more experiments you make the better." - Ralph Waldo Emerson

::p/s=Kisah diatas hanyalah luahan rasa hati diketika dan saat ini. Maybe it's sound a bit too emotional but it's actually based on the true story of a preson. Btw, ianya tiada kaitan dengan mana2 individu samada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Hanya sekadar tatapan; yang baik untuk teladan dan yang tak baik jadikanlah sempadan. Sama2 lah kita berusaha untuk menggapai bintang di langit kerana tiada yang mustahil jika belum mencuba. Lihat saja angkasawan negara sebagai contoh. Semoga kita mendapat kebahagiaan dengan kehidupan masing2 dibawah rahmat Ilahi. AMIN...

Tuesday, March 03, 2009

Indah Sungguh Panorama..lalala...

howdy everyone...

Emm, entri kali ni adalah untuk show off sket, hehe... Ok, gambar2 menarik dah indah ni diambil oleh jurufoto yg tak bertauliah dan masih di tahap amatur; iaitu adik-KU... Kesemua keajaiban alam ini kami telusuri semasa kami dalam perjalanan pulang, dari Kota Bharu, Kelantan ke Kulim, Kedah... To be specific, gambar2 ni diambil semasa kami di border antara negeri Perak dan Kedah (selepas hentian Perah, kalau tuan2 dan puan2 penah lalu mesti tau tempatnya) ... Tapi, sorry tak dapat nak share semua coz yang ni je yg melepasi piawaian, hehe...
Mengikut chronology-nya:




# Ini adalah pelangi yg baru je kluar lepas hujan seketika.. yg bestnye, pelangi ni ber-couple tau.. masa ni lebih kurang pukul 6pm, kalau tak silap..


# Gambar ni yg paling aku suka.. Sunset time.. SUBHANALLAH... detik yg amat mempesonakan (lagi 'feel' kalau berada ditempat kejadian), bukan selalu dapat tgk ni tau...


# Gambar ni plak favaurite si jurufoto sebab dia kata macam dkt oversea, haha... signboard tu la signifikasinya...

Masa matahari terbenam tu, keadaanya betul2 depan kereta kitorang, tak payah stop n look pun.. cuma perlu pandu dgn kadar yg lebih perlahan je.. dan memang secara automatiknya semua kenderaan lain pun pandu dgn kadar yg perlahan sambil menikmati panorama kejadian alam time tu.. so, takde la adegan2 'overtake' berlaku.. alangkah bestnye time tu, tenang je driving' 'cruise over the sunset'.. sukar untuk digambarkan dgn apa2 pun.. haaaaaaaa...........


# Akhirnya, suasana ni pulak menyusul selepas matahari tu terbenam... amat menakjubkan! time ni korang bleh nampak byk warna2 di langit tu... antaranya yg aku nampak ialah warna hitam, kelabu, putih, cream, purple, biru laut, terqoise, orange, kuning dan lain2 lagi...

Oklah, ni je dulu buat kali ni... lain kali kalau aku ada gambar2 yg mempersonakan, aku upload lagi ye, INSYALLAH... macam best je wat entri macam ni, tak pyah banyak menulis rapu2 kan.. lagipun tak le bosan sgt asyik baca wording je everytime kan...

Tapi, sorila sebab mutu gambar2 ni tak berapa membanggakan.. yela, ambil guna kamera handphone cap Ayam je, keluaran Jepun tu... cuba bayangkan kalau guna SLR, perghhh...!!!
Lagipun aku bagi chance dekat jurufoto ni mengasah bakatnya yg suam2 kuku tu, haha...

'til we meet again next episode...
"Hargailah Alam Sekitar" kerana "Negara Bersih, Rakyat Sejahtera" :)

**PEACE**

:: p/s - Sila hayati entri ni sambil mendengar lagu Fransisca Peter; 'Tropika' (if i'm not mistaken.. yg mula dgn "Indah sungguh panorama, bagai alam nirwana, oh lala.. Tropika..") :)

Friday, January 23, 2009

Ode on Solitude

Wow, what a beautiful life...
SubhanAllah...
Yesterday - Loneliness; Today - Solitude
**Spread the LOVE people** :)


Happy the man whose wish and care
A few paternal acres bound,
Content to breathe his native air,
In his own ground.

Whose herds with milk, whose fields with bread,
Whose flocks supply him with attire,
Whose trees in summer yield him shade,
In winter fire.

Blest, who can unconcern'dly find
Hours, days, and years slide away,
In health of body, peace of mind,
Quiet by day,

Sound sleep by night; study and ease,
Together mix'd; sweet recreation;
And Innocence, which most does please
With meditation.

Thus let me live, unseen, unknown,
Thus unlamented let me die,
Steal from world, and not a stone
Tell where I lie.

:: by Alexander Pope (1688-1744)

* PEACE *

Thursday, December 25, 2008

Dilemma of Feelings..!

Al-Kisah, jom ikuti kisah dilema aku yang telah diadaptasikan supaya
nampak
lebih cool and happening..hehe..
So, takde la bosan sangat nak baca nantikan...neway, using this
method
will make it more easier for us to imagine rite..I hope..I hope..
At the beginning with...

*Character: Me as LEHA (of course bukan nama sebenar)
The Guy as ADAM (pun bukan nama sebenar)

*Location: Undetected (coz it happen anywhere at anytime)

*Theme: - Kasih tak kesampaian
- Harapan
- Tak nak terima kenyataan (just for ADAM) :(

..............................jom mula................................

"This time, This place
Misused, Mistakes
Too long, Too late
Who was I to make you wait
Just one chance
Just one breath
Just in case there’s just one left
‘Cause you know,
you know, you know

That I love you
I have loved you all along
And I miss you
Been far away for far too long
I keep dreaming you’ll be with me
and you’ll never go
Stop breathing if
I don’t see you anymore

On my knees, I’ll ask
Last chance for one last dance
‘Cause with you, I’d withstand
All of hell to hold your hand
I’d give it all
I’d give for us
Give anything but I won’t give up
‘Cause you know,
you know, you know"

**Inilah kata2 ADAM untuk LEHA. Tengoklah betapa cinta dan
sayangnya ADAM pada LEHA, tapi ianya vice versa for LEHA..
Sebenarnya bukan LEHA tak sayang ADAM, cuma ADAM dah salah
tafsir kasih sayang tu..LEHA sebenarnya memang tak nak
kehilangan ADAM tapi not as her lover but just as her
bestfren..
Poor ADAM.. Lelaki mana tak frust kan bila dengar statement
macam ni..
Tapi as people said, "cinta tu datang tanpa di paksa dan
tanpa diundang" kan..
Cuma kena hit the right person in the right situation
je kan..
Actually, ADAM harap LEHA akan cakap macam ni dekat
dia..jom tengok!


"I wanted
I wanted you to stay
‘Cause I needed
I need to hear you say
That I love you
I have loved you all along
And I forgive you
For being away for far too long
So keep breathing
‘Cause I’m not leaving you anymore
Believe it
Hold on to me and
Never let me go"


** Inilah kata2 hikmat yang ingin didengar dari mulut LEHA
untuk ADAM.
Tetapi akhirnya cuma sekadar 'pelamin anganku musnah'..
LEHA mungkin boleh mungungkapkan kata2 ni cuma doubted
dari aspek kejujuran dan keikhlasannya..
Kesian ADAM, menanti kasih yang tak kesampaian..
Kesian juga LEHA sebab berada di dalam dilema yang
pastinya amat perit dan amat menyakitkan..

...................................KONKLUSI....................................
  • So, dalam situasi di atas, kedua2 mereka sedang berada di dalam keadaan yang amat memeritkan..hanya orang yang penah rasa dan penah berada di dalam situasi ni je yang boleh rasakan apa yang diorang rasa sekarang..huhu
  • Cuba bayangkan situasi ni jadi dekat kalian, apakah yang kalian akan lakukan? (kalian boleh pilih sama ada nak jadi ADAM atau LEHA)
  • Bagaimana kita nak settle kes ni tanpa melukakan hati masing2? atau adakah berkemungkinan ianya boleh berlaku?

:: The morale of the story, jom kita tolong kawan2 yang berada di dalam kesusahan.. don't let them suffered alone.. remember that 'Sharing is Caring'.. :))

::p/s: entri ni ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri, tapi takde kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati.. kiranya macam entri lepas geram la ni.. alangkah bestnya ada blog, boleh lepas geram as u like it!Thanks to Nickelback for such a lovely song that can easily fit my situation at the moment..NICKELBACK rocks!

Sunday, October 05, 2008

Salam Ulangtahun Kelahiran Bro!

Hepy birthday to u
U were born in the zoo
Like the monkey, chimpz and kangaroo
Hepy birthday to U...u..u..u.. :)

*(lebih afdal kalau Bro nyanyi sendiri, baru 'feel'-nye lebih kan..)

Emm, baru je tadi berlalu ulangtahun kelahiran abg-KU yg ke...Ish, nanti kalau aku tulis macam tak best plak. Lagipun kalau dia terbaca entri ni, dari nak sengih tetiba tak jadi sebab terkujat dengan umur sendiri...huhahuahua... Yela, sebab sebelum ni dia tak pernah kira umurnya sendiri.. So, blehla bajet muda selalu eventho dah tak berapa muda la sangat dah.. Tapi, abg-KU ni belum pun mencecah 30an, so kira muda la jugak kan...hehehe

Arakian, sempena birthday bro, mak aku bawak kami pi celebrate la konon.. Yela, pi makan se-family dekat kedai pokcik Kenny Rogers fav abg-KU.. Tapi aku tak berapa berkenan sangat kedai yang dekat Sunway (tempat aku la) ni sebab servis bapak lembap, pastu serve makanan plak 'Indah kabar dari rupa'... dah le aku mintak hot drinks tapi bila dapat dah jadi cold drink, kalau warm tu accepted la gak kan... bukan aku nak komen kedai pokcik K.Rogers tak best, cuma maybe tempat ni je yang tak best kot, I hope..I hope..
Pastu kami pi tengok wayang reramai citer omputih sebab abg-KU tak layan citer melayu (perasan mat saleh kot,huhu).. dah lama tak kuar family macam ni including my dad.. kalau kuar selalu pun mesti tak cukup korum walaupun korum kami takde la besar mana pun, hehe...

Therefore, ni jela entri aku kali ni eventho aku tak sure sangat kenapa aku post entri ni... maybe sebab aku tak ngantok lagi disebabkan kepekatan dan ke-power-an air mocha yang aku minum tadi.. tu yang jadi energetic semacam ni.. nak pi jog 10 round mini stadium dekat umah aku ni pun boleh rasanya, hehe... cuma macam segan nak bergerak ke sana.. lagipun nanti terkial-kial sorang-sorang dekat situ, terkujat plak antu-antu yang tengah amik turn buat physical training di kawasan tu..haha.. oleh yang demikian, aku rasa baik aku lompat katak 10 kali dekat tepi katil je, sebab kalau ada rasa kebas ke, lengoh ke atau rasa nak pitam, dekat sikit dengan tempat yang save for landing, kan...wahahaha

okies..
adios..
bueno noches amigos..
aku dah nak berambus..

PEACE!

........................................................and the curtains fall........................................................................