Wednesday, May 20, 2009

Epilog Kehidupan-KU (episod 1)

Kehidupan ini sememangnya indah dan menarik bagi yang tahu menghargai dan mewarnainya dengan warna2 kebahagiaan. Tapi, ianya akan membosankan dan penuh dengan kemurungan bagi yang hanya pandai mencatan canvas kehidupan dengan warna2 kebencian, hasad, dendam dan yang sewaktu dengannya. "Happiness cannot come from without. It must come from within. It is not what we see and touch or that which others do for us which makes us happy; it is that which we think and feel and do, first for the other fellow and then for ourselves." Helen Keller Kita hidup di dunia ini hanya sekali, sewajarnya kita menjadikan kehidupan ini- 'worth living'! Seperti yang didendangkan oleh Jason Mraz dalam lagunya 'Life is Wonderful';
... "ah la la la la la la life is wonderful
ah la la la la la la life goes full circle
ah la la la la la la life is wonderful
ah la la la la la la life is meaningful
ah la la la la la la life is wonderful" ...

Bagiku, kehidupan ini terlampau bermakna untuk disia2kan. Memang tidak dinafikan, ada kalanya aku merasakan tekanan dan seakan jemu untuk melalui liku2 yang perit dan pedih dengan kekerapan keberlakuannya. Tapi, bila direnung dalam2 dan bermuhasabah, inilah yang dipanggil cabaran dan dugaan2 kehidupan yang membentuk kita menjadi 'a better person and spice up our life'. Tanpanya, kupasti hidup ini akan hanya menjadi sebuah perjalanan yang hambar dan berwarna kusam. Seperti siang tanpa matahari dan malam tanpa bulan bintang.

Kehidupan-KU sendiri sudah berubah landasannya. Kini, aku bukanlah seperti yang aku idamkan dan impikan 3-4 tahun dulu; sewaktu mula mengenal dunia dengan sudut pandangan sendiri, mengenal erti berdikari dan belajar mencipta impian untuk masa depan. Waktu itu, semangat sentiasa berkobar2 dan impian sentiasa melangit. Yalah, baru mula membesar dan mula membentuk kematangan. Sentiasa penuh dengan cita2 dan harapan yang pasti akan dapat dicapai suatu ketika kelak. Tidak pernah berfikir yang negatif. Tidak pernah menyangka apakah halangan2 yang bakal ditempuh untuk menggapai cita2 tersebut. Sepertinya jalan itu tidaklah sukar, bercabang ataupun jalan mati. Seolah2 sudah nampak jelas arah tujuan tanpa sebarang gangguan, kabus atau fatamorgana yang muncul depertengahan jalan. Fuh, alangkah indahnya kalau seperti yang tergambar di benak-KU tatkala itu. How I wish it's true and happened.

Sebenarnya, bukan maksud-KU untuk merintih ataupun menyesal dengan apa yang telah terjadi. Menyesal adalah satu perkataan yang tak pernah wujud dan tak akan aku wujudkan dalam kamus hidup-KU. Cuma mengimbau kembali nostalgia kehidupan yang pernah aku lakarkan dalam buku lakaran kehidupan-KU. Bukan juga bermaksud yang aku telah tewas dan gagal (juga tak pernah wujud dan tak akan aku wujudkan dalam kamus hidup-KU) untuk mengapai cita2 itu, cuma corak dan landasannya sudah berubah. Dunia juga berubah dan manusia berubah mengikut keadaan. InsyAllah, dengan izin Tuhan, akan aku capai segala impian-KU dengan berjayanya. Aku masih meneruskan perjalanan dan sentiasa akan berusaha kearah impian2 yang telah kubina seketika dulu. Alhamdulillah, aku masih dilandasan untuk kedestinasi impian, cuma pergerakkan agak terbatas dan agak perlahan. Tapi, "better late than never".

Words of wisdom:
  • "The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams." - Eleanor Roosevelt
  • "Defeat is not the worst of failures. Not to have tried is the true failure." - George Edward Woodberry
  • "Develop success from failures. Discouragement and failure are two of the surest stepping stones to success." - Dale Carnegie
  • "I've failed over and over and over again in my life and that is why I succeed." - Michael Jordan
  • "All life is an experiment. The more experiments you make the better." - Ralph Waldo Emerson

::p/s=Kisah diatas hanyalah luahan rasa hati diketika dan saat ini. Maybe it's sound a bit too emotional but it's actually based on the true story of a preson. Btw, ianya tiada kaitan dengan mana2 individu samada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Hanya sekadar tatapan; yang baik untuk teladan dan yang tak baik jadikanlah sempadan. Sama2 lah kita berusaha untuk menggapai bintang di langit kerana tiada yang mustahil jika belum mencuba. Lihat saja angkasawan negara sebagai contoh. Semoga kita mendapat kebahagiaan dengan kehidupan masing2 dibawah rahmat Ilahi. AMIN...

Saturday, March 14, 2009

My poor KE-CHEQ

Hari : Sabtu yang indah
Lokasi: Home sweet home
Waktu : 9am

Arakian...
Pagi ni as usual, aku seperti insan2 lain yg cuti, mesti akan bangun agak lambat dari hari2 normal or working day kan.. So, aku bangun dalam kul 9am, paling awal dari hari2 lain la, tapi takde la sampai terlajak kul 12noon ok.. Alangkah gumbiranya bangun pagi ni bila terhidu masakan ibu di dapur.. yela, ibu-KU ni jarang2 sekali nak masak, bukan sebab dia tak pandai masak atau malas nak masak, cuma bebanan tugas2 keja dan kesempitan waktu yg menghalang beliau berbuat demikian.. kami pun dah imune dah dgn keadaan ni, kami redha dan terima seadanya, huhu..
Jadi, aku dapat bayangkan betapa indahnya hari ni.. apatah lagi terbayang masakan ibu yg akan melengkapkan lagi hari indah ku ni.. yeah!

Tanpa membuang masa, aku pun terus bercadang untuk skip rutin harian-KU (selalunya breakfast come first then, baru mandi.. makcik aku cakap awet muda, hehe) dan pergi bersiram dulu sebagai acara permulaan hari yg indah hari ni..
Sedang asyik aku bersiram dan baru nak mula rangkap pertama lagu BSB; 'Drowning', dah dgr adik aku terjerit2 dkt luar.. memula aku ingat dia kena serang dgn lelabah ke lelipas ke.. tapi semakin lama tune dia bertukar mcm dah nak nangis plak.. so, aku pun grab towel n keluar untuk memantau keadaan.. rupa2 nya... teng!teng!teng! kucing kesayangan kitorg, si Kechiq yg kena attack dgn unknown creature.. Perghh.. memang ngeri tengok luka di peha beliau, dah robek dan berlubang tuu.. scary wa cakap lu.. nasib tak bleeding heavy flow.. kalau tak kompem aku n adik pengsan awal2 lagi, kuikuikui...

Hatta, aku pun gelabah jingga seketika sambil tgk adik-KU dok buat muka kemik.. then, sepantas kilat aku capai baju ala kadar dan terus bergegas ke kereta bersama adik n Kechiq.. nasib aku bleh control emotion n lega sebab Kechiq pun cool je.. senang sket aku nak driving kan..
Maka, kitorang pun mula la cari klinik haiwan yg berdekatan.. bukan senang nak cari sebab haiwan ni jarang sakit n depa ni mempunyai imuniti yg kuat.. lainla cari klinik manusia kan, bersepah2 di setiap tempat.. yela, manusia ni rajin sgt jaga kesihatan.. sampai kekadang tak sakit pun pi klinik gak (watpe tu u all pun tau kan, esp yg malas pi keje) ..
Nasib menyebelahi kami, terjumpa dgn klinik haiwan ni.. tapi, blum buka plak.. hangin btul la! tulis dekat situ buka kul 10am, ni dah 10.15, tak nampak batang hidung manusia yg berkenaan pun.. batang hidung kucing ada la 2 ekor.. memula terkujat gak aku, ingat kucing2 ni punya klinik kan, haha.. tapi kalau la kucing2 ni mempunyai abilities mcm human, mesti depa lebih dedicated kan.. kesian Kechiq, kena tunggu manusia2 yg kurang dedikasi ni datang..
So, dipendekkan citer, kul 10.35am, Doktor n manusia2 yg berkenaan pun datang sambil buat2 busy yg tak keruan.. aku plak malas nak tengok adegan2 diorang ni trus je ikut Doktor tu masuk bilik dia n letak Kechiq dkt meja leper utk timbang.. baru la Doktor tu ada perasaan nak tgk keadaan Kechiq.. akhirnya, Kechiq ditinggal kan di ward untuk dijahit.. beliau pun tak meragam, cool je.. maybe beliau dah redha dgn keadaan kan.. kesian Kechiq, kecik2 dah kena jahit.. petang nanti baru kitorang bleh amik dia, huhu..
WE MISS U ALREADY, KECHIQ..

Tak sabar nak tunggu petang..
Tak sabar nak tengok keadaan Kechiq..
Tak sabar nak dengar dia meaw semula..
huhu...

Ni masa Kechiq baru di-adopt oleh kitorang.. skarang dia semakin chomel n berisi.. :)

Tuesday, March 03, 2009

Indah Sungguh Panorama..lalala...

howdy everyone...

Emm, entri kali ni adalah untuk show off sket, hehe... Ok, gambar2 menarik dah indah ni diambil oleh jurufoto yg tak bertauliah dan masih di tahap amatur; iaitu adik-KU... Kesemua keajaiban alam ini kami telusuri semasa kami dalam perjalanan pulang, dari Kota Bharu, Kelantan ke Kulim, Kedah... To be specific, gambar2 ni diambil semasa kami di border antara negeri Perak dan Kedah (selepas hentian Perah, kalau tuan2 dan puan2 penah lalu mesti tau tempatnya) ... Tapi, sorry tak dapat nak share semua coz yang ni je yg melepasi piawaian, hehe...
Mengikut chronology-nya:




# Ini adalah pelangi yg baru je kluar lepas hujan seketika.. yg bestnye, pelangi ni ber-couple tau.. masa ni lebih kurang pukul 6pm, kalau tak silap..


# Gambar ni yg paling aku suka.. Sunset time.. SUBHANALLAH... detik yg amat mempesonakan (lagi 'feel' kalau berada ditempat kejadian), bukan selalu dapat tgk ni tau...


# Gambar ni plak favaurite si jurufoto sebab dia kata macam dkt oversea, haha... signboard tu la signifikasinya...

Masa matahari terbenam tu, keadaanya betul2 depan kereta kitorang, tak payah stop n look pun.. cuma perlu pandu dgn kadar yg lebih perlahan je.. dan memang secara automatiknya semua kenderaan lain pun pandu dgn kadar yg perlahan sambil menikmati panorama kejadian alam time tu.. so, takde la adegan2 'overtake' berlaku.. alangkah bestnye time tu, tenang je driving' 'cruise over the sunset'.. sukar untuk digambarkan dgn apa2 pun.. haaaaaaaa...........


# Akhirnya, suasana ni pulak menyusul selepas matahari tu terbenam... amat menakjubkan! time ni korang bleh nampak byk warna2 di langit tu... antaranya yg aku nampak ialah warna hitam, kelabu, putih, cream, purple, biru laut, terqoise, orange, kuning dan lain2 lagi...

Oklah, ni je dulu buat kali ni... lain kali kalau aku ada gambar2 yg mempersonakan, aku upload lagi ye, INSYALLAH... macam best je wat entri macam ni, tak pyah banyak menulis rapu2 kan.. lagipun tak le bosan sgt asyik baca wording je everytime kan...

Tapi, sorila sebab mutu gambar2 ni tak berapa membanggakan.. yela, ambil guna kamera handphone cap Ayam je, keluaran Jepun tu... cuba bayangkan kalau guna SLR, perghhh...!!!
Lagipun aku bagi chance dekat jurufoto ni mengasah bakatnya yg suam2 kuku tu, haha...

'til we meet again next episode...
"Hargailah Alam Sekitar" kerana "Negara Bersih, Rakyat Sejahtera" :)

**PEACE**

:: p/s - Sila hayati entri ni sambil mendengar lagu Fransisca Peter; 'Tropika' (if i'm not mistaken.. yg mula dgn "Indah sungguh panorama, bagai alam nirwana, oh lala.. Tropika..") :)

Tuesday, February 24, 2009

Alasan2 untuk tidak meng-update Blog-KU

Assalamualaikum...

Tujuan entri ini diwujudkan adalah bertujuan untuk meng-list down sebab2 atau alasan2 yang munasabah kenapa aku tak update blog for quiet awhile.. skaligus untuk memberitahu besfren-KU a.k.a MizLeo yang selalu tanya kenapa tak update2 lagi ni??hehe..
So, ni adalah antara penyebabnya (try to be chronologically,huhu) :
  1. awal februari, abang-KU dikejutkan dgn DENGGI.. so, up n down to hospital that keep me away from the pc
  2. aku pi check-up d Klate (as usual my routine)
  3. keja aku daily as penjaga akaun kantin (sometime bleh skip takyah berada d lokasi,hehe)
  4. keluar on every weekend with my sister (adik-KU obses shopping, org baru pegang duit katakan)
  5. meeting with unties n cousin (also weekly esp. monday)
Setakat ni dulu yang aku ingat buat masa ni.. Kalau ada lagi nanti aku update ok, hehe.. Tapi ni tak termasuk hal kecil2 such as tolong kemas umah, tolong kemas baju mak-KU, tolong take care kucing adik-KU, keluar dgn sepupu, WMA lagi, kemas umah nenek-KU (ni no hal sebab aku sayang dia sgt2), pi beli barang2 kantin and blablabla yang memang takkan habis untuk dicatatkan.. yang penting semuanya ni membuatkan aku gembira hidup di muka bumi ni dan terasa hidup ini begitu bermakna, huhu..
Live is so wonderful and full of colours.. :))

So, harap MizLeo bleh terima alasan2 ni ye.. InsyAllah, aku akan cuba sedaya upaya untuk update entri di blog-KU ni sekerap yang mungkin.. :)

**PEACE**

Monday, February 23, 2009

aku di TAG??

teng..teng..teng..!!


Akhirnya aku dapat juga merasa main tag2 ni.. thanks to miss Nuyui sebab meng-tag blog-KU walaupun dah lama, baru aku teringat nak jawab..

Actually, aku bukan tau pun pekebenda tag2 ni.. tapi bila asyik dok tengok di blog2 orang lain, rasa aku reti gak la macam mana nak turut sama take part dalam permainan ni.. whatever pun, belasah jela.. harap2 kami jawab kena la ye miss Nuyui..


1) The age you'll be on your next birthday:

ish..sensitifnye soklan ni, takde soklan lain ke? emm, bulan 11 ni @& tahun.. (sila tekan sendiri di keyboard anda tanpa shift button, hehe)


2) Places you want to travel to:

-KOREA n JEPUN (sebab nak tgk bunga sakura)

-TAJ MAHAL (sebab nak 'feel' kisah cinta agung Shah Jehan n Mumtaz)

-PAKISTAN (sebab nak rasa tanah kelahiran 'tok baba' n 'mak')


3) You favourite place:

ISLAND..tempat yang full of peace n serenity :)


4) Your favourite food:

bleh tak lebih dari satu?

-sambal tumis (hari2 pun bleh)

-capati n masala(esp buatan 'mak', tapi no more after this,huhu..'maktam' pun ok la)

-ikan sweet n sour (tapi asalkan ikan, masak apa pun takpe)

-laksa (buatan 'maktam' je tau)


5) Your favourite pet:

-kucing

-iguana

-chipmunk


6) Favourite color combination:

ish, awat soklan lagu ni?kena campur kaler kot ni..

-merah + kuning = ORANGE (tapi orange yang terang2 je, orange yang kelabu tu x best sgt)


7) Favourite piece of clothing:

Kameez or tunic dress @ baju yang labuh sampai lutut, pastu belah dekat tepi . ala2 baju punjabi tu la..

(as shown on pic)



8) Your all time favourite song:

lagu2 MLTR..dengar time bila2 pun ok, hehe..


9) Favourite TV Show:

emm, banyak la.. tapi AL-KULIYYAH memang fav sebab tak dpt tgk selalu, hehe..


10) First name of your significant other/crush:

ish, tak paham la soklan ni, vague sgt.. Anuar Zain bleh tak, hehe..


11) Which town do you live in?

Kulim, Kedah.. bandar yg cute di antara bandar2 besar seperti Butterworth, Sungai Petani, Parit Puntar..dalam erti kata lain di tengah2 antara Penang, Perak, Perlis..yeke? :)


12) You screen name/ nickname:

emm, banyak ni..antaranya yang bleh di share:

-yasmin

-min

-adik

-kak min

-bb @ b

-contagious


13) Your 1st job:

Storyboard writer (keje yang paling best n mencabar yang penah aku buat)


14) Your dream job:

mempunyai bisnes sendiri yang bercirikan makanan dan education..


15) One bad habit that you have:

suka 'pikiaq' lama2.. kawan2-KU amat mengerti dgn istilah ni, hehe..


16) Worst fear:

COCKROACH!!..eeeuuwww....


17) Things you would like to do before you die:

ish, banyak tu nak buat..mana muat kalau nak list semua kan..ni kira yang penting2 jela..

-minta maaf dgn semua orang (esp musuh kalau ada)

-kawin (kalau sempat la n ada jodoh,hehe)

-Pergi HAJI


18) The 1st thing you'll buy if you get $1,000,000:

Rumah mewah yang besar dan bleh muat my family, family 'maktam' dan family 'makteh'.. so, dapatla kami tinggal bersama mcm dalam filem hindustan tu, bestnye.. :)


19) Your husband/wife:

ish, soklan ni paling trivia la..nak jawab apa ni? saya masih SINGLE :)


Alhamdulillah, akhirnya berjaya gak aku abiskan soklan2 yang mencabar ni.. So, lain kali sapa2 rasa nak tag tu, silakan la ek.. tapi tolongla jangan bagi soklan2 yang trivia sangat, tercungap2 saya nak menjawabnye, huhu.. diharapkan miss Nuyui berpuas hati la yek.. :)

Wednesday, February 04, 2009

Erti Kematian

Ianya datang tanpa isyarat
Ianya datang tanpa diundang
Ianya kadangkala datang tanpa amaran
Ianya pasti datang tepat tiba waktunya

Kematian pasti datang menemui setiap insan
Kematian datang di atas ketentuan Ilahi
Kematian adalah hakiki
Kematian bersifat abadi

Setiap yang berdiri pasti akan baring
Setiap yang hidup pasti menemui mati
Setiap yang bernyawa pasti akan pergi
Setiap yang berdenyut pasti akan berhenti

Hanya Allah Rabbul Izzati
Hanya Allah yang kekal abadi
Hanya Allah yang menentukan takdir setiap insani

===========================================

Kematian diciptakan Allah untuk setiap makhluk
Kematian memberikan seribu erti
Kematian membezakan antara dua dunia
Kematian amak bermakna buat semua di bumi ini

****************************************************
**p/s: entri ini ditulis sempena genap 2 bulan pemergiaan insan yg amat aku sayang dalam dunia ni.. sebenarnya aku tulis ni dah lama cuma baru rasa nak publish ari ni sebab aku teringat sangat dengan beliau walaupun pada hakikatnya aku memang sentiasa teringatkan beliau d setiap saat dan ketika.. sesungguhnya, aku ingat aku yang akan pergi dulu tapi TUHAN dah tentukan segalanya.. Tuhan MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG.. kusangkakan panas akan berpanjangan, tetapi akhirnya hujan juga yang turun di tengahari, huhuhuhu....

**p/s: AL-FATIHAH untuk Hjh. Khatijah Nawab Khan a.k.a 'mak'


Friday, January 23, 2009

Ode on Solitude

Wow, what a beautiful life...
SubhanAllah...
Yesterday - Loneliness; Today - Solitude
**Spread the LOVE people** :)


Happy the man whose wish and care
A few paternal acres bound,
Content to breathe his native air,
In his own ground.

Whose herds with milk, whose fields with bread,
Whose flocks supply him with attire,
Whose trees in summer yield him shade,
In winter fire.

Blest, who can unconcern'dly find
Hours, days, and years slide away,
In health of body, peace of mind,
Quiet by day,

Sound sleep by night; study and ease,
Together mix'd; sweet recreation;
And Innocence, which most does please
With meditation.

Thus let me live, unseen, unknown,
Thus unlamented let me die,
Steal from world, and not a stone
Tell where I lie.

:: by Alexander Pope (1688-1744)

* PEACE *

Wednesday, January 21, 2009

Ode of Loneliness





Lonely, I am

So forlorn

I felt so alone

All by myself

I’m alone –




I have everyone around

I have siblings

I have parents

I have family

I have friends; there’re boys and girls

I have them all

Am I alone? –


People surrounded me

Things fulfilled me

Nature clinched me

but –

I’m still of lonesome


I gazed

I glanced

I looked around

All I can see –

Loneliness


I try to search

I try to find

I try to discover

I try to explore

but –

It was vague and clueless – Lost


Things has fallen apart

Dreams has all gone

Imaginations, blown away –

What’s left?

Loneliness…


I can’t do what I want

I can’t go anywhere

I just have to be here –

Alone


First day was bad

Then, it became worst.

Last week was terrible

Yesterday, a disaster

Today – catastrophe.

Why me?


Nevertheless,

I’m alone

Still feeling lonely

Loneliness suffocates me

Who am i?

Nobody –



*Sad, is the feeling

*Suffer, is the emotion

*Sullen, is the mood

*Gloomy, is the surrounding

*Melancholic, is the sound

*Loneliness, a great playwright!