... "ah la la la la la la life is wonderful
ah la la la la la la life goes full circle
ah la la la la la la life is wonderful
ah la la la la la la life is meaningful
ah la la la la la la life is wonderful" ...
Bagiku, kehidupan ini terlampau bermakna untuk disia2kan. Memang tidak dinafikan, ada kalanya aku merasakan tekanan dan seakan jemu untuk melalui liku2 yang perit dan pedih dengan kekerapan keberlakuannya. Tapi, bila direnung dalam2 dan bermuhasabah, inilah yang dipanggil cabaran dan dugaan2 kehidupan yang membentuk kita menjadi 'a better person and spice up our life'. Tanpanya, kupasti hidup ini akan hanya menjadi sebuah perjalanan yang hambar dan berwarna kusam. Seperti siang tanpa matahari dan malam tanpa bulan bintang.
Kehidupan-KU sendiri sudah berubah landasannya. Kini, aku bukanlah seperti yang aku idamkan dan impikan 3-4 tahun dulu; sewaktu mula mengenal dunia dengan sudut pandangan sendiri, mengenal erti berdikari dan belajar mencipta impian untuk masa depan. Waktu itu, semangat sentiasa berkobar2 dan impian sentiasa melangit. Yalah, baru mula membesar dan mula membentuk kematangan. Sentiasa penuh dengan cita2 dan harapan yang pasti akan dapat dicapai suatu ketika kelak. Tidak pernah berfikir yang negatif. Tidak pernah menyangka apakah halangan2 yang bakal ditempuh untuk menggapai cita2 tersebut. Sepertinya jalan itu tidaklah sukar, bercabang ataupun jalan mati. Seolah2 sudah nampak jelas arah tujuan tanpa sebarang gangguan, kabus atau fatamorgana yang muncul depertengahan jalan. Fuh, alangkah indahnya kalau seperti yang tergambar di benak-KU tatkala itu. How I wish it's true and happened.
Sebenarnya, bukan maksud-KU untuk merintih ataupun menyesal dengan apa yang telah terjadi. Menyesal adalah satu perkataan yang tak pernah wujud dan tak akan aku wujudkan dalam kamus hidup-KU. Cuma mengimbau kembali nostalgia kehidupan yang pernah aku lakarkan dalam buku lakaran kehidupan-KU. Bukan juga bermaksud yang aku telah tewas dan gagal (juga tak pernah wujud dan tak akan aku wujudkan dalam kamus hidup-KU) untuk mengapai cita2 itu, cuma corak dan landasannya sudah berubah. Dunia juga berubah dan manusia berubah mengikut keadaan. InsyAllah, dengan izin Tuhan, akan aku capai segala impian-KU dengan berjayanya. Aku masih meneruskan perjalanan dan sentiasa akan berusaha kearah impian2 yang telah kubina seketika dulu. Alhamdulillah, aku masih dilandasan untuk kedestinasi impian, cuma pergerakkan agak terbatas dan agak perlahan. Tapi, "better late than never".
Words of wisdom:
- "The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams." - Eleanor Roosevelt
- "Defeat is not the worst of failures. Not to have tried is the true failure." - George Edward Woodberry
- "Develop success from failures. Discouragement and failure are two of the surest stepping stones to success." - Dale Carnegie
- "I've failed over and over and over again in my life and that is why I succeed." - Michael Jordan
- "All life is an experiment. The more experiments you make the better." - Ralph Waldo Emerson
::p/s=Kisah diatas hanyalah luahan rasa hati diketika dan saat ini. Maybe it's sound a bit too emotional but it's actually based on the true story of a preson. Btw, ianya tiada kaitan dengan mana2 individu samada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Hanya sekadar tatapan; yang baik untuk teladan dan yang tak baik jadikanlah sempadan. Sama2 lah kita berusaha untuk menggapai bintang di langit kerana tiada yang mustahil jika belum mencuba. Lihat saja angkasawan negara sebagai contoh. Semoga kita mendapat kebahagiaan dengan kehidupan masing2 dibawah rahmat Ilahi. AMIN...