Saturday, March 14, 2009

My poor KE-CHEQ

Hari : Sabtu yang indah
Lokasi: Home sweet home
Waktu : 9am

Arakian...
Pagi ni as usual, aku seperti insan2 lain yg cuti, mesti akan bangun agak lambat dari hari2 normal or working day kan.. So, aku bangun dalam kul 9am, paling awal dari hari2 lain la, tapi takde la sampai terlajak kul 12noon ok.. Alangkah gumbiranya bangun pagi ni bila terhidu masakan ibu di dapur.. yela, ibu-KU ni jarang2 sekali nak masak, bukan sebab dia tak pandai masak atau malas nak masak, cuma bebanan tugas2 keja dan kesempitan waktu yg menghalang beliau berbuat demikian.. kami pun dah imune dah dgn keadaan ni, kami redha dan terima seadanya, huhu..
Jadi, aku dapat bayangkan betapa indahnya hari ni.. apatah lagi terbayang masakan ibu yg akan melengkapkan lagi hari indah ku ni.. yeah!

Tanpa membuang masa, aku pun terus bercadang untuk skip rutin harian-KU (selalunya breakfast come first then, baru mandi.. makcik aku cakap awet muda, hehe) dan pergi bersiram dulu sebagai acara permulaan hari yg indah hari ni..
Sedang asyik aku bersiram dan baru nak mula rangkap pertama lagu BSB; 'Drowning', dah dgr adik aku terjerit2 dkt luar.. memula aku ingat dia kena serang dgn lelabah ke lelipas ke.. tapi semakin lama tune dia bertukar mcm dah nak nangis plak.. so, aku pun grab towel n keluar untuk memantau keadaan.. rupa2 nya... teng!teng!teng! kucing kesayangan kitorg, si Kechiq yg kena attack dgn unknown creature.. Perghh.. memang ngeri tengok luka di peha beliau, dah robek dan berlubang tuu.. scary wa cakap lu.. nasib tak bleeding heavy flow.. kalau tak kompem aku n adik pengsan awal2 lagi, kuikuikui...

Hatta, aku pun gelabah jingga seketika sambil tgk adik-KU dok buat muka kemik.. then, sepantas kilat aku capai baju ala kadar dan terus bergegas ke kereta bersama adik n Kechiq.. nasib aku bleh control emotion n lega sebab Kechiq pun cool je.. senang sket aku nak driving kan..
Maka, kitorang pun mula la cari klinik haiwan yg berdekatan.. bukan senang nak cari sebab haiwan ni jarang sakit n depa ni mempunyai imuniti yg kuat.. lainla cari klinik manusia kan, bersepah2 di setiap tempat.. yela, manusia ni rajin sgt jaga kesihatan.. sampai kekadang tak sakit pun pi klinik gak (watpe tu u all pun tau kan, esp yg malas pi keje) ..
Nasib menyebelahi kami, terjumpa dgn klinik haiwan ni.. tapi, blum buka plak.. hangin btul la! tulis dekat situ buka kul 10am, ni dah 10.15, tak nampak batang hidung manusia yg berkenaan pun.. batang hidung kucing ada la 2 ekor.. memula terkujat gak aku, ingat kucing2 ni punya klinik kan, haha.. tapi kalau la kucing2 ni mempunyai abilities mcm human, mesti depa lebih dedicated kan.. kesian Kechiq, kena tunggu manusia2 yg kurang dedikasi ni datang..
So, dipendekkan citer, kul 10.35am, Doktor n manusia2 yg berkenaan pun datang sambil buat2 busy yg tak keruan.. aku plak malas nak tengok adegan2 diorang ni trus je ikut Doktor tu masuk bilik dia n letak Kechiq dkt meja leper utk timbang.. baru la Doktor tu ada perasaan nak tgk keadaan Kechiq.. akhirnya, Kechiq ditinggal kan di ward untuk dijahit.. beliau pun tak meragam, cool je.. maybe beliau dah redha dgn keadaan kan.. kesian Kechiq, kecik2 dah kena jahit.. petang nanti baru kitorang bleh amik dia, huhu..
WE MISS U ALREADY, KECHIQ..

Tak sabar nak tunggu petang..
Tak sabar nak tengok keadaan Kechiq..
Tak sabar nak dengar dia meaw semula..
huhu...

Ni masa Kechiq baru di-adopt oleh kitorang.. skarang dia semakin chomel n berisi.. :)

Tuesday, March 03, 2009

Indah Sungguh Panorama..lalala...

howdy everyone...

Emm, entri kali ni adalah untuk show off sket, hehe... Ok, gambar2 menarik dah indah ni diambil oleh jurufoto yg tak bertauliah dan masih di tahap amatur; iaitu adik-KU... Kesemua keajaiban alam ini kami telusuri semasa kami dalam perjalanan pulang, dari Kota Bharu, Kelantan ke Kulim, Kedah... To be specific, gambar2 ni diambil semasa kami di border antara negeri Perak dan Kedah (selepas hentian Perah, kalau tuan2 dan puan2 penah lalu mesti tau tempatnya) ... Tapi, sorry tak dapat nak share semua coz yang ni je yg melepasi piawaian, hehe...
Mengikut chronology-nya:




# Ini adalah pelangi yg baru je kluar lepas hujan seketika.. yg bestnye, pelangi ni ber-couple tau.. masa ni lebih kurang pukul 6pm, kalau tak silap..


# Gambar ni yg paling aku suka.. Sunset time.. SUBHANALLAH... detik yg amat mempesonakan (lagi 'feel' kalau berada ditempat kejadian), bukan selalu dapat tgk ni tau...


# Gambar ni plak favaurite si jurufoto sebab dia kata macam dkt oversea, haha... signboard tu la signifikasinya...

Masa matahari terbenam tu, keadaanya betul2 depan kereta kitorang, tak payah stop n look pun.. cuma perlu pandu dgn kadar yg lebih perlahan je.. dan memang secara automatiknya semua kenderaan lain pun pandu dgn kadar yg perlahan sambil menikmati panorama kejadian alam time tu.. so, takde la adegan2 'overtake' berlaku.. alangkah bestnye time tu, tenang je driving' 'cruise over the sunset'.. sukar untuk digambarkan dgn apa2 pun.. haaaaaaaa...........


# Akhirnya, suasana ni pulak menyusul selepas matahari tu terbenam... amat menakjubkan! time ni korang bleh nampak byk warna2 di langit tu... antaranya yg aku nampak ialah warna hitam, kelabu, putih, cream, purple, biru laut, terqoise, orange, kuning dan lain2 lagi...

Oklah, ni je dulu buat kali ni... lain kali kalau aku ada gambar2 yg mempersonakan, aku upload lagi ye, INSYALLAH... macam best je wat entri macam ni, tak pyah banyak menulis rapu2 kan.. lagipun tak le bosan sgt asyik baca wording je everytime kan...

Tapi, sorila sebab mutu gambar2 ni tak berapa membanggakan.. yela, ambil guna kamera handphone cap Ayam je, keluaran Jepun tu... cuba bayangkan kalau guna SLR, perghhh...!!!
Lagipun aku bagi chance dekat jurufoto ni mengasah bakatnya yg suam2 kuku tu, haha...

'til we meet again next episode...
"Hargailah Alam Sekitar" kerana "Negara Bersih, Rakyat Sejahtera" :)

**PEACE**

:: p/s - Sila hayati entri ni sambil mendengar lagu Fransisca Peter; 'Tropika' (if i'm not mistaken.. yg mula dgn "Indah sungguh panorama, bagai alam nirwana, oh lala.. Tropika..") :)